Home Konfirmasi Contact Us Bantuan About Us BISNIS HERBALIFE  
 

 Senin , 06 Sep 2010
widgeo.net

Testimonial

   Fenny Wenardi

   Bona

   Evy Rahayu

   Jony Ang

   Sandra W

   Imana

   Toni Agus Setiono

   Ira

   Erna


Artikel

   Healthy BreakFast

   20 Tips Diet

   DETOKSIFIKASI

   BB kq Susah Turun

   Yang Benar & Salah

   Resep Shake


Hubungi Kami

Healthy Konsultan

Pengky/Natalia
Slim N Fit N2-15

ROYAL PLAZA 

081234.64.8889

081.80559.8999

031.7007.8890

 


 


DETOKSIFIKASI


adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.
MENGAPA PERLU DETOKSIFIKASI

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:    
mudah letih
    
mengantuk, sembelit, darah tinggi, gula dalam darah, sakit-sakit sendi, kegemuruhan, kebimbangan, cepat marah
   

PUNCA KERACUNAN

1. Faktor pemakanan

Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.

2. Faktor pencemaran

Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

3. Hasil pertanian yang beracun

Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.

4. Gaya hidup    
diet yang tidak seimbang dan teratur
    
merokok, minum minuman keras     
    
pengambilan ubat yang mengandungi dadah
    
tidak beriadah

KESAN KERACUNAN    
sistem imuniti merosot
    
bertambahnya penyakit pada usia muda
    
kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
    
kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
    
penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan

PROGRAM DETOKSIFIKASI HPA

Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.

1. Detoksifikasi Hati

Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan pelbagai komplikasi atau kesan buruk.

TEH HERBA mengandungi 100% bahan aktif PEGAGA yang dikenali sebagai asiatikosida. Rasanya yang pahit bertindak sebagai detok yang terbaik di hati. Hati yang berfungsi akan memusnahkan bahan toksid dalam tubuh seperti ubatan kimia, alkohol dan dadah. Hati akan menyaring dan menukarkan bahan ini untuk dikitar semula atau dikeluarkan daripada tubuh.

2. Detoksifikasi Kolon (Usus)

Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus. Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan. Proses ini dipanggil autointoksikasi.

SPIRULINA mempunyai klorofil dan serat 2 kali ganda daripada alfafa yang boleh membantu menghapuskan toksid, logam berat dan sembelit. Disamping itu juga, SPIRULINA mempunyai vitamin B kompleks untuk merangsang pergerakan usus.

3. Detoksifikasi Ginjal

Setiap gangguan atau "over-work" pada ginjal akan mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.

MALAC merupakan herba diuretik yang akan merangsang pengeluaran air kecil serta mempunyai kesan anti-peradangan. Selain daripada menghilangkan peradangan di buah pinggang, ia juga mengurangkan peradangan prostate serta mengelakkan berlakunya pembentukan batu karang di buah pinggang.

4. Detoksifikasi Darah

Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut keluar bahan buangan.

OMEGA-3 berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalah Irritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin. OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan meningkatkan fungsi sistem imuniti.

Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.

5. Detoksifikasi Sistem Limfotik

Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfa membentuk jaringan unik ini. Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama. Sisa buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian.

Dengan menggunakan MINYAK BUT-BUT sambil mengurut di bahagian ketiak, leher, dada dan saliran di pangkal peha, kita sebenarnya mengalirkan cairan limfa ke nodus untuk dimusnahkan oleh sel-sel limfotik
Tanda-Tanda Detoksifikasi

Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan herba melakukan proses detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan sedang bermula dan herba sedang melakukan proses penyingkiran toksid. Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan herba ubatan dan ingatlah bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk disembuhkan.    
Sakit kepala terutama di belakang.
    
Keluar penyakit kulit.
    
Sakit pinggang.
    
Batuk dan berkahak.
    
Demam sedikit.
    
Selsema.
    
Sakit sendi dan kaki.
    
Muntah dan loya.


 

 

ARTIKEL LAINNYA

     -  Apakah Anda sudah sarapan pagi dengan benar???
     -  20 Tips Diet
     -  Duh, Berat Badan Kok Susah Turun, Ya?
     -  Yang Benar & Salah Soal Diet
     -  RESEP RESEP MEMBUAT MINUMAN SHAKE




 
 

Home    Konfirmasi    Contact Us    Bantuan    About Us    BISNIS HERBALIFE

Copyright © 2009   www.dietsehat.net - Diet sehat | spesialis langsing Rasa Ice Cream |He Design by Hermawan